Apa yang berbisik dalam hati mu?
Aku dengar jawapan itu.
Apa yang ada dalam benak mu?
Kagum aku mendengar pengakuan mu,
Setiap kali tangan kanan mu diangkat,
membacakan ikrar Rukun Negara.
Megah dapat aku rasakan ketika melihat,
Diri mu berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku
Bahagia jiwaku melihatkan tangan-tangan mu
Erat mengibarkan Jalur Gemilang
Jika benar itu yang di dalam benak mu
dan suara laungan mu bergema
dan tangan-tangan mu bersatu, berpadu...muhibbah
serentak ku dengar derap langkah maju...
wajah-wajah ceria dalam gandingan sasa.
Dunia memandang ke arah lautan manusia...
Mara bersama jatidiri yang jitu...
GAGAH, PERKASA
tunduk hormat kerana toleransi mu
Kini, duduk mu sama rendah dan berdiri sama tinggi..
Gemilang di mata dunia!
Terbilang nama mu MALAYSIA
Suara hati anak merdeka ini,
tidak lagi kerdil,
Suara hati anak merdeka ini
Penuh tekad
Demi mencapai wawasan
Bersama kita anak Malaysia
Laungan keramat ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Inilah suara anak
SATU MALAYSIA!
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment