Friday, April 19, 2013

Pertama dalam tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah masih bernafas. Allah Maha Besar. Buat kesekalian kalinya saya kembali ke blog Hayat Suria bagi tahun 2013. Cepat sungguh masa berlalu. Usia pun sudah meningkat 46 tahun. Semakin lama rasanya semakin banyak yang ingin dipelajari. Pengajian PhD pun sudah berada di tahun akhir. Tesis perlu disiapkan dalam tahun ini. In shaa Allah, mohon pada Allah agar tamat pengajian ini dengan cemerlang. Lebih bermakna apabila berpeluang mengikuti Program Pembangunan Pengkarya Guru Siri Ketiga anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak ilmu penulisan yang ditimba dalam Program ini. Niat untuk menghasilkan penulisan yang digerakkan daripada penyelidikan PhD saya ini membuahkan hasil karya buku bergambar kanak- kanak yang berjudul Tom dan Pok. Saya penulis dan illustrator buku tersebut. Suatu perkara yang di luar jangkaan apabila Allah mengurniakan bakat dan minat dalam Pendidikan Seni Visual, justeru diterjemahkan dalam karya Kreatif tersebut. Saya di bimbing oleh Cerdik Publication. Puan Izzah Aziz penasihat Cerdik Publication banyak memberikan tunjuk ajar dalam proses penerbitan Tom dan Pok. Pameran Buku Antarabangsa PWTC pada 27 dan 28 April 2013, MBKM menyediakan booth untuk para ilustrator membuat demonstrasi. Saya akan berada di booth tersebut untuk menunjukkan cara-cara saya bekerja menghasilkan karya buku bergambar kanak-kanak. Jemputlah datang beramai-ramai. Membeli-belah buku-buku terkini di pasaran dengan diskaun istimewa. Jumpa di sana...

Tuesday, June 12, 2012

Dah lama tak buka blog

Sudah lama ditinggalkan blog ini..Alhamdulillah pengajian ku sudah selesai semester 4. Penyelia utama Dr Roskang Jailani meninggal dunia pada 9 April 2012. Semangat arwah ku bawa ke persidangan antarabangsa. Art and design International Conference 2012 dengan tajuk Kerangka Konseptual Pemupukan Kreativiti Kanak-kanak Menerusi Aktiviti Seni Visual Prasekolah pada pertengahan April yang lalu. Minggu hadapan akan ke Universiti Negri Semarang Indonesia dengan tajuk Kolaborasi Guru, Artis dan Penyelidik dalam Pemupukan Kreativiti Kanak-kanak Menerusi Aktiviti Seni Visual Prasekolah.

Tuesday, April 12, 2011

Kertas Cadangan Penyelidikan

Alhamdulillah. Kertas Cadangan Penyelidikan telah saya serahkan kepada kedua-dua penyelia saya, Dr Mohd Johari dan Dr Roskang. Menunggu masa utk membentangkan proposal saja lagi..

Saturday, February 26, 2011

Terima kasih

Ucapan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang memenuhi jemputan ke majlis hari lahir ku..Meriah sekali sambutan hari lahir ke 44.

Thursday, February 24, 2011

Sunday, February 20, 2011

Jamuan Minum Petang 23 Februari 2011

Jemputan kepada semua yang sudi hadir pada 23 Feb ini di 500 Jln Kenanga 7, Ambangan Heights, Sg. Petani, Kedah. Jam 5.30 petang...

Wednesday, December 15, 2010

Semester 2 PhD

Semester 2 PhD ku bermula.
Semoga berhasil membentangkan proposal.
Lulus proposal sudah boleh buat kajian lapangan.
Amin.