Friday, April 19, 2013
Pertama dalam tahun 2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah masih bernafas. Allah Maha Besar. Buat kesekalian kalinya saya kembali ke blog Hayat Suria bagi tahun 2013. Cepat sungguh masa berlalu. Usia pun sudah meningkat 46 tahun. Semakin lama rasanya semakin banyak yang ingin dipelajari. Pengajian PhD pun sudah berada di tahun akhir. Tesis perlu disiapkan dalam tahun ini. In shaa Allah, mohon pada Allah agar tamat pengajian ini dengan cemerlang. Lebih bermakna apabila berpeluang mengikuti Program Pembangunan Pengkarya Guru Siri Ketiga anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak ilmu penulisan yang ditimba dalam Program ini. Niat untuk menghasilkan penulisan yang digerakkan daripada penyelidikan PhD saya ini membuahkan hasil karya buku bergambar kanak- kanak yang berjudul Tom dan Pok. Saya penulis dan illustrator buku tersebut. Suatu perkara yang di luar jangkaan apabila Allah mengurniakan bakat dan minat dalam Pendidikan Seni Visual, justeru diterjemahkan dalam karya Kreatif tersebut. Saya di bimbing oleh Cerdik Publication. Puan Izzah Aziz penasihat Cerdik Publication banyak memberikan tunjuk ajar dalam proses penerbitan Tom dan Pok. Pameran Buku Antarabangsa PWTC pada 27 dan 28 April 2013, MBKM menyediakan booth untuk para ilustrator membuat demonstrasi. Saya akan berada di booth tersebut untuk menunjukkan cara-cara saya bekerja menghasilkan karya buku bergambar kanak-kanak. Jemputlah datang beramai-ramai. Membeli-belah buku-buku terkini di pasaran dengan diskaun istimewa. Jumpa di sana...
Tuesday, June 12, 2012
Dah lama tak buka blog
Sudah lama ditinggalkan blog ini..Alhamdulillah pengajian ku sudah selesai semester 4. Penyelia utama Dr Roskang Jailani meninggal dunia pada 9 April 2012. Semangat arwah ku bawa ke persidangan antarabangsa. Art and design International Conference 2012 dengan tajuk Kerangka Konseptual Pemupukan Kreativiti Kanak-kanak Menerusi Aktiviti Seni Visual Prasekolah pada pertengahan April yang lalu. Minggu hadapan akan ke Universiti Negri Semarang Indonesia dengan tajuk Kolaborasi Guru, Artis dan Penyelidik dalam Pemupukan Kreativiti Kanak-kanak Menerusi Aktiviti Seni Visual Prasekolah.
Tuesday, April 12, 2011
Kertas Cadangan Penyelidikan
Alhamdulillah. Kertas Cadangan Penyelidikan telah saya serahkan kepada kedua-dua penyelia saya, Dr Mohd Johari dan Dr Roskang. Menunggu masa utk membentangkan proposal saja lagi..
Saturday, February 26, 2011
Terima kasih
Ucapan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang memenuhi jemputan ke majlis hari lahir ku..Meriah sekali sambutan hari lahir ke 44.
Thursday, February 24, 2011
Sunday, February 20, 2011
Jamuan Minum Petang 23 Februari 2011
Jemputan kepada semua yang sudi hadir pada 23 Feb ini di 500 Jln Kenanga 7, Ambangan Heights, Sg. Petani, Kedah. Jam 5.30 petang...
Wednesday, December 15, 2010
Semester 2 PhD
Semester 2 PhD ku bermula.
Semoga berhasil membentangkan proposal.
Lulus proposal sudah boleh buat kajian lapangan.
Amin.
Semoga berhasil membentangkan proposal.
Lulus proposal sudah boleh buat kajian lapangan.
Amin.
Wednesday, November 3, 2010
Alhamdulillah
Syukur, Alhamdulillah. Telah selesai satu semester. Tinggal lima semester lagi utk tamat pengajian. Selamat menyambut hari raya KORBAN.
Thursday, September 23, 2010
Selamat Hari Raya
Mohon maaf zahir dan batin.
Salam di bulan Syawal. Sibuk untuk menyiapkan bab 1. Semoga pembaca blog ini dipermudahkan Allah urusan kalian.
Salam di bulan Syawal. Sibuk untuk menyiapkan bab 1. Semoga pembaca blog ini dipermudahkan Allah urusan kalian.
Tuesday, June 8, 2010
Friday, May 21, 2010
Resipi Sup Cendawan
1 peket tepung ubi kentang 300gm dibancuh dengan air 1 liter
1 tin cendawan dikisar separuh dan dihiris separuh
1/3 drpd sebuku mentega
1 cawan susu tepung/krimer dibancuh dengan air panas 1 liter
2 kuib pati ayam
1 liter air/mengikut kepekatan yg. diingini
garam dan gula secukupnya
Cara membuat:
1. Bancuh tepung ubi kentang dengan air. Pukul dengan sebati. masukkan dalam periuk dengan api perlahan.
2. Masukkan cendawan yang dikisar dan dihiris.
3. Masukkan krimer. Kacau sentiasa dengan api sederhana.
4. Masukkan air.
5. Biarkan sup mendidih.
6. Masukkan kuib pati ayam dan mentega.
7. Masukkan garam dan gula secukupnya.
(hidangan untuk 25 org)
1 tin cendawan dikisar separuh dan dihiris separuh
1/3 drpd sebuku mentega
1 cawan susu tepung/krimer dibancuh dengan air panas 1 liter
2 kuib pati ayam
1 liter air/mengikut kepekatan yg. diingini
garam dan gula secukupnya
Cara membuat:
1. Bancuh tepung ubi kentang dengan air. Pukul dengan sebati. masukkan dalam periuk dengan api perlahan.
2. Masukkan cendawan yang dikisar dan dihiris.
3. Masukkan krimer. Kacau sentiasa dengan api sederhana.
4. Masukkan air.
5. Biarkan sup mendidih.
6. Masukkan kuib pati ayam dan mentega.
7. Masukkan garam dan gula secukupnya.
(hidangan untuk 25 org)
Tuesday, April 27, 2010
Lama sudah tidak bersua
Jemput ke Galeri Shah Alam terdapat karya hayatsuria yang dipamer dan juga untuk dimiliki dengan harga yang berpatutan.
Sunday, February 7, 2010
Jemputan Ke Majlis Hari Lahir Hayat Suria
Perhatian kepada semua followers Hayat Suria....
Anda dijemput ke majlis Hari Lahir Hayat Suria pada :
Tarikh : 23 Februari 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.30 malam
Tempat : Astanarida (Rumah Puan Noridah)
Tema pakaian pada malam tersebut ialah hitam dan perak (black and silver).
Diharap kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
Projek Amal Hayat Suria Ke-2
Thursday, January 7, 2010
cara membuat sup cendawan







Cara- caranya seperti dalam gambar:
Masukkan air dalam periuk dan didihkan
Tepung ubi kentang dan sup cendawan segera disebatikan dengan air secukupnya serta tidak bergentel kemudian masukkan ke dalam periuk sentiasa dikacau
cendawan yang dihiris sebahagian terus dimasukkan di dalam periuk
dan sebahagian dikisar kemudian dimasukkan dalam air yang telah dididihkan
bancuh krimer kemudian masukkan ke dalam sup (krimer setengah cawan)
Butter sebanyak 1per4 (suku) dimasukkan dalam sup dan kacau
Jika sup terlalu pekat boleh tambah air panas untuk cairkan sup
tutup air setelah sup sudah masak.
Thursday, December 31, 2009
Tahun 2010

Saya ini mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang melawat laman blog ini. Geng hayat suria sudah merancang projek amal untuk dilaksanakan iaitu membuat mural untuk tabika kemas di sg. lalang dan padang serai. Kepada geng hayat suria yang berminat boleh hubungi saya 0125065854. Geng hayat suria juga membuka ruang kepada cadangan aktiviti dari penyokong geng hayat suria sendiri.
Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)







